[caption id="attachment_512" align="alignleft" width="300"] Mesin Heuler di Joho diambil dari arah Jambatan. [/caption] Tahukah engku dan encik sekalian kalau di kampung kita pernah berdiri sebuah surau kepunyaan seorang ulama terkenal di Alam Minangkabau ini. Ulama itu ialah salah seorang dari tiga orang ulama Kaum Muda di Minangkabau. Beliau berasal dari fort de kock dan berkampung di Tangah Sawah, dimana di sana juga terdapat surau utama beliau. Beliau ialah Syech M.Djamil Djambek, pernah pula Muhammad Attar atau lebih dikenal dengan nama Muhammad Hatta mengaji ke surau beliau semasa kanak-kanak di kampung Tangah Sawah. Tangah Sawah, sekarang kampung tersebut sama sekali tidak serupa terletak di tengah sawah. Dahulu kami sempat pula heran, kenapa pula bernama Tangah Sawah. Padahal sawah hanya beberapa tumpak ada di sana. Namun kami segera faham tatkala menengok sebuah filem bisu yang dibuat oleh orang Belanda pada masa awal abad yang dahulu. Memanglah...