Langsung ke konten utama

Postingan

Menampilkan postingan dengan label siamang

Si Kumboh

[caption id="attachment_1025" align="alignleft" width="300"] Rimbo di Solok, adakah pada Ahad ini terdengar Si Kumboh Mahiruak di Kampuang kita engku dan encik sekalian?[/caption] Hari Ahad ini, terkenang oleh kami akan suasana kampung di rantau ini semasa kanak-kanak dahulu. Tatkala hari Ahad dimana kampung kita sunyi-senyap, terdengar oleh kami suara Si Kumboh bersahutan di tepi rimbo di kampung kita. Sungguh merdu nian suara mereka itu, menghiasi hari Ahad kita dahulunya. Sebenarnya tidak hanya pada hari Ahad, pada hari biasapun terdengar jua suara mereka. Namun pada hari Ahad itulah suara mereka yang menjadi. Apakah mereka juga sedang menikmati hari Ahad? sedang berlibur pula mereka, bersenda-gurau sesama mereka? Kami tak pula faham betul apakah mereka itu karo [1] atau Si Amang? Atau kedua nama tersebut merujuk pada binatang yang sama? Sudilah kiranya engku dan encik memberi tahu  kami. Memanglah beruntung kita karena kampung kita di kaki bukit ba...